Pendedahan kepada koronavirus di tempat kerja
Satu amaran tentang risiko berkaitan dengan potensi pendedahan kepada koronavirus (COVID-19) di tempat kerja.
Background
(Dikemaskini 21 May 2020)
Satu wabak penyakit pernafasan yang disebabkan oleh satu koronavirus baru dikenalpasti pertama kali di Wuhan, Daerah Hubei, China. Wabak koronavirus (Covid-19) ini diisytiharkan sebagai satu pandemic pada 11 Mac 2020 oleh World Health Organization (WHO). Satu pandemic adalah penyebaran penyakit ke seluruh dunia.
Pada 16 Mac 2020 Kerajaan Victoria mengisytiharkan Darurat Di Seluruh Negeri di Victoria, untuk mengurangkan penyebaran koronavirus (Covid-19)
Apakah itu koronavirus?
Koronavirus adalah satu keluarga virus yang mungkin menyebabkan penyakit pada binatang atau manusia. Koronavirus (Covid-19) adalah koronavirus yang paling terbaru dijumpai.
Jangkitan koronavirus boleh menyebabkan penyakit pernafasan yang ringan sehingga teruk.v
Gejala boleh bermula dari penyakit ringan sehingga radang paru-paru. Orang yang dijangkiti mungkin mengalami:
- demam
- menggigil atau berpeluh
- batuk
- sakit kerongkong
- sesak nafas
- hidung berair
- kehilangan deria bau
Dalam beberapa keadaan sakit kepala, sakit otot, hidung tersumbat, mual, muntah dan cirit birit boleh juga dipertimbangkan.
World Health Organization telah mengesahkan bahawa pemacu utama penularan adalah dari pesakit simptomatik, melalui batuk atau bersin. Penularan dari orang tanpa gejala adalah mungkin, tetapi jarang berlaku.
Majikan mempunyai satu tugas untuk menyediakan dan menyelenggara, sejauh mana yang mungkin secara praktik, satu alam sekitar pekerjaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan para pekerja. Ini termasuk mengenal pasti risiko kepada kesihatan atau keselamatan yang berkaitan dengan potensi pendedahan kepada koronavirus (Covid-19)
Mengenalpasti risiko kepada kesihatan
Majikan mesti mengenalpasti samada terdapat sebarang risiko kepada kesihatan pekerja mereka melalui pendedahan kepada koronavirus (Covid-19) di tempat kerja mereka.Majikan mesti mengenalpasti samada terdapat sebarang risiko kepada kesihatan pekerja mereka melalui pendedahan kepada koronavirus (Covid-19) di tempat kerja mereka.
Mengenalpasti risiko yang berkaitan boleh termasuk:
- memantau nasihat pakar semasa keadaan koronavirus (Covid-19) berkembang (umpamanya, dari Department of Health and Human Services (DHHS) – pautan di bawah)
- mengkaji semula polisi pengawalan jangkitan, prosedur dan praktik, untuk memastikan bahawa mereka adalah berkesan dan diikuti
- mendidik dan memastikan bahawa pekerja mempunyai maklumat terkini
- mempertimbangkan samada menjalankan aktiviti kerja mendedahkan orang lain (seperti pelanggan atau orang awam) kepada risiko pendedahan kepada koronavirus (Covid-19)
- bercakap kepada pekerja yang mempunyai:
- telah berjalan atau sedang merancang perjalanan
- pernah berhubung dengan kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan
- ciri-ciri koronavirus (Covid-19)
Mengawal risiko kepada kesihatan
Di mana satu risiko kepada kesihatan dikenalpasti di satu tempat kerja, majikan mesti menghapuskan risiko ini di mana yang munasabah secara praktik, dan di mana penghapusan tidak mungkin, mengurangkan risiko itu sebanyak mana yang munasabah secara praktik.
Majikan juga mempunyai kewajipan untuk berunding dengan pekerja dan perwakilan kesihatan dan keselamatan (HSRs), di mana yang munasabah secara praktik, atas perkara yang berkaitan dengan kesihatan atau keselamatan yang mempengaruhi secara langsung, atau berkemungkinan akan mempengaruhi mereka secara langsung. Ini termasuk perundingan atas keputusan tentang bagaimana mengawal risiko yang berkaitan dengan koronavirus (Covid-19) di tempat kerja.
Jenis langkah kawalan yang diperlukan bergantung kepada risiko yang berkaitan serta ketersediaan dan kesesuaian kawalan untuk setiap tempat kerja. Langkah kawalan mungkin termasuk:
- mengesyorkan pekerja bekerja dari rumah
- melaksanakan inisiatif penjarakan fizikal mengikut cadangan yang di buat oleh Ketua Pegawai Kesihatan Victoria
- menyediakan kemudahan atau produk yang mencukupi (seperti pembersih tangan, jika ada) untuk membolehkan pekerja mengamal praktik amalan kebersihan yang baik
- menyediakan peralatan perlindungan diri yang sesuai, termasuk latihan atau maklumat tentang mengapa peralatan itu diperlukan dan bagaiman menggunakannya dengan selamat.
- mengelakkan perkongsian penggunaan talipon, meja kerja, pejabat atau lain-lain alat dan peralatan kerja.
- mengembangkan satu polisi pengawalan jangkitan
- membatalkan semua perjalanan bersangkutan kerja, kecuali benar-benar diperlukan
- mengelakkan pertemuan secara bersemuka dengan menggunakan kaedah komunikasi yang lain seperti talipon atau video
- memastikan pekerja faham tentang bila untuk menjauhkan diri dari tempat kerja seperti apabila:
- kembali dari perjalanan luar negara
- apabila mereka berhubung dengan kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan
- mereka adalah kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan
- mereka berasa tidak sihat – tanpa mengira berapa ringan gejala mereka
Jika seseorang pekerja berpendapat bahawa mereka telah berada dalam hubungan rapat dengan satu kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan, atau mereka mengalami gejala koronavirus (Covid-19), walaupun ringan, mereka tidak patut pergi bekerja. Sebaliknya, mereka harus:
- segera mengasingkan diri, dapatkan nasihat perubatan dari GP mereka atau talian 24-jam koronavirus (Covid-19) DHHS pada 1800 675 398, dan menjalani ujian
- beritahu majikan mereka secepat mungkin, ikut prosedur di tempat kerja mereka, dan beritahu majikan mereka jika keadaan mereka berubah (contohnya jika mereka menerima diagnosis positif koronavirus (Covid-19)
Tanggungjawab seseorang majikan untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pendedahan kepada koronavirus (Covid-19) sejauh mana yang boleh dilaksanakan termasuk memastikan bahawa:
- pekerja tahu apa yang perlu dibuat atau siapa untuk diberitahu jika mereka berasa tidak sihat atau mengesyaki bahawa mereka dijangkiti, mengikut maklumat yang dberikan oleh DHHS (lihat pautan di bawah)
- sebarang pekerja yang tidak sihat tidak dibenarkan ke tempat kerja, termasuk pekerja yang telah diuji untuk koronavirus (Covid-19) atau sesiapa yang disahkan sebagai kes koronavirus (Covid-19)
Pekerja harus memberitahu majikan mereka secepat mungkin, jika mereka menerima satu diagnosis koronavirus (Covid-19) yang positif, terutama sekali jika mereka telah berada di tempat kerja.
Pekerja harus mendapat nasihat dengan serta-merta dari DHHS jika terdapat satu kes koronavirus (Covid-19) yang disahkan di tempat kerja mereka.
Setiap orang di tempat kerja harus mengamalkan kebersihan yang baik dengan:
- membersihkan tangan mereka dengan kerap dengan air dan sabun (minima 20 saat) atau dengan sapuan berasaskan alkohol (sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol)
- jika tangan kelihatan kotor bersihkan dengan air dan sabun
- selalu cuci tangan dengan air dan sabun:
- sebelum makan
- selepas ke tandas
- selepas menghadiri tempat awam
- selepas batuk, bersin atau menghembus hidung
- menutup mulut dan hidung mereka apabila batuk dan bersin, dan membuang tisu yang digunakan dengan serta merta
- memastikan jarak sekurang-kurangnya 1.5 meter di antara mereka dan orang lain
- membersihkan dan membasmi kuman permukaan sentuhan tinggi dengan kerap, seperti talipon, papan taip, pemegang pintu, suis lampu dan bangku
- jumpa seseorang pekerja kesihatan professional jika mereka tidak sihat, dan jauhkan diri dari tempat kerja atau tempat awam yang lain.
Bekerja dari lokasi lain selain daripada tempat kerja yang biasa
Arahan dari Ketua Perubatan Kesihatan Victoria adalah jika anda boleh bekerja dari rumah anda, maka anda harus berbuat demikian.
Samada bekerja dari rumah dapat dilaksanakan secara praktik adalah bergantung kepada pengkhususan di tempat kerja, kemudahan yang sedia ada untuk pekerja bekerja dari jarak jauh dan keupayaan pekerja bekerja dengan selamat dari rumah.
Apabila membuat keputusan samada pekerja harus bekerja dari rumah, majikan harus:
- berbincang dengan pekerja dan HSR
- pertimbangkan samada bekerja dari lokasi yang lain akan memperkenalkan risiko tambahan
- terus mengetahui maklumat terkini tentang risiko dan langkah-langkah kawalan yang bersesuaian tentang koronavirus (Covid-19)
- memperolehi nasihat spesifik kepada keadaan mereka, termasuk dari organisasi pekerja dan majikan dan badan undang-undang.
Untuk beberapa tempat kerja, bekerja dari jarak jauh mungkin tidak dapat dilaksanakan secara praktik (seperti mereka yang terlibat dalam peranan berhadapan dengan pelanggan atau kerja yang bergantung kepada peralatan atau kilang yang khusus). Apabila ini berlaku, kawalan yang lain seperti prosedur kawalan jangkitan dan lain-lain bentuk penjarakan fizikal mesti dilaksanakan, untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Tugas undang-undang
Majikan mempunyai tugas di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2004 (Akta OHS), yang termasuk bahawa mereka mesti, di mana dapat dilaksanakan secara praktik:
- menyediakan dan mengekalkan satu persekitaran kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja dan kontraktor bebas, termasuk kesihatan saikologikal.
- Memberikan maklumat demikian, arahan, latihan atau penyeliaan kepada pekerja dan kontraktor bebas yang diperlukan untuk membolehkan pekerja-pekerja tersebut menjalankan kerja mereka dalam keadaan yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
- memantau kesihatan pekerja
- memantau keadaan di sebarang tempat kerja di bawah penyeliaan pekerja dan kawalan
- memberikan maklumat berkenaan dengan kesihatan dan keselamatan kepada pekerja, termasuk (di mana sesuai) dalam bahasa selain daripada Bahasa Inggeris.
- memastikan bahawa orang yang selain daripada pekerja kepada majikan tidak didedahkan kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang timbul daripada kelakuan majikan
- berbincang dengan pekerja dan HSR, jika ada, atas perkara yang berkaitan kepada kesihatan atau keselamatan yang mempengaruhi secara langsung, atau berkemungkinan mempengaruhi mereka secara langsung.
Pekerja juga mempunyai tanggungjawab di bawah Akta OHS, yang termasuk bahawa mereka mesti:
- menjaga kesihatan dan keselamatan diri mereka sendiri
- menjaga kesihatan dan keselamatan bagi orang yang mungkin terjejas oleh tindakan atau kelalaian pekerja di tempat kerja
- bekerjasama dengan majikan berkenaan dengan tindakan yang diambil oleh majikan untuk mematuhi syarat yang dikenakan oleh atau di bawah Akta OHS.