Maklumat COVID-19 untuk majikan

Langkah-langkah am untuk mengenal pasti dan mengawal risiko COVID-19.

Shape

Maklumat ini adalah betul pada masa terbitan

Tambahan lagi, sila lawati coronavirus.vic.gov.au untuk maklumat terbaru tentang COVID-19 kerana arahan dan syarat-syarat industri boleh berubah pada bila-bila masa, dan anda bertanggungjawab untuk menyedarinya.

coronavirus.vic.gov.au

Undang-undang keselamatan dan kesihatan kerja dan COVID-19

Sebagai majikan, anda mempunyai tugas sah di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2004 yang berkenaan dengan mencegah merebaknya COVID-19 di tempat kerja anda. Sejauh mana yang wajar, anda mesti:

  • menyediakan dan mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja
  • memberikan maklumat, arahan, latihan atau penyeliaan yang perlu kepada pekerja bagi membolehkan mereka untuk menjalankan kerja mereka dengan selamat
  • memberikan maklumat tentang kesihatan dan keselamatan di tempat kerja kepada pekerja, dalam bahasa yang sesuai
  • memastikan bahawa orang lain tidak terdedah kepada risiko terhadap keselamatan atau kesihatan mereka disebabkan oleh aktiviti kerja anda.

Panduan ini menyampaikan beberapa langkah umum bagi mengenal pasti dan mengawal risiko pendedahan kepada COVID-19 sebagai sebahagian daripada usaha untuk memenuhi tanggungjawab kesihatan dan keselamatan anda.

Di bawah arahan pandemik daripada Menteri Kesihatan Victoria, mungkin terdapat juga tindakan-tindakan khusus yang anda mesti lakukan untuk menghalang penularan COVID-19.

Mengenal pasti risiko COVID-19

Anda mesti mengenal pasti sama ada terdapat risiko kepada kesihatan pekerja anda melalui pendedahan kepada COVID-19 di tempat kerja anda.

COVID-19 boleh merebak melalui:

  • semburan bawaan udara yang dihasilkan oleh tindakan seperti batuk, bersin, bercakap, menjerit atau menyanyi – ini boleh berada dalam udara untuk seketika, terutamanya dalam ruang dalam dengan pengalihan udara yang buruk
  • titisan apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin, bercakap, menjerit atau menyanyi – ini boleh memasuki mata, hidung atau mulut anda semasa anda berada dalam hubungan rapat dengan seseorang atau terjatuh pada permukaan
  • menyentuh objek atau permukaan (seperti pemegang pintu) yang tercemar oleh titisan.

Cara untuk mengenal pasti risiko

  • Pergi ke coronavirus.vic.gov.au untuk menyemak nasihat terbaru semasa perkara berubah.
  • Mengkaji semula tempat kerja dan amalan kerja anda untuk mengenal pasti cara COVID-19 boleh merebak. Contohnya, semasa pekerja berada dalam ruang tertutup yang tidak cukup diudarakan, berkongsi peralatan atau menyentuh permukaan sentuhan tinggi.
  • Pertimbangkan sama ada aktiviti kerja meletakkan orang lain seperti pelanggan atau orang awam dalam risiko pendedahan kepada COVID-19.

Mengawal risiko COVID-19

Sekiranya risiko kepada kesihatan dan keselamatan dikenal pasti di tempat kerja anda, anda mesti, sejauh mana yang boleh dipraktikkan secara munasabah, menghapuskan risiko tersebut. Jika anda tidak dapat menghapuskan risiko tersebut, anda mesti mengurangkan risiko sejauh mana yang boleh dipraktikkan secara munasabah. Langkah-langkah kawalan yang digunakan akan bergantung pada risiko, dan sama ada langkah tersebut adalah tersedia dan sesuai untuk tempat kerja anda.

Memastikan pekerja tahu apa yang harus dilakukan

Tugas anda untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pendedahan kepada COVID-19 sejauh mana yang boleh dipraktikkan secara munasabah termasuk memastikan:

  • pekerja tahu apa yang perlu dilakukan jika mereka berasa tidak sihat atau berfikir bahawa mereka telah dijangkiti, (lihat di bawah)
  • pekerja yang tidak sihat tidak dibenarkan ke tempat kerja, termasuk pekerja yang sedang menunggu keputusan ujian COVID-19 (selain daripada ujian yang dilakukan sebagai sebahagian daripada ujian pengawasan tempat kerja) dan orang yang disahkan sebagai kes koronavirus COVID-19.

Gejala COVID-19 yang perlu berjaga-jaga adalah:

  • demam
  • seram sejuk atau berpeluh
  • batuk
  • sakit kerongkong
  • sesak nafas
  • hidung berair
  • kehilangan atau perubahan deria bau atau rasa.

Sesetengah orang juga boleh mengalami sakit kepala, kesakitan otot, hidung tersumbat, loya, muntah dan cirit-birit.

Jika seseorang pekerja mulai menunjukkan sebarang gejala COVID-19, biar berapa ringan sekali pun, mereka harus tidak pergi ke tempat kerja. Sebaliknya, mereka harus:

  • segera mengasingkan diri
  • menjalani ujian.
  • if needed, seek medical advice from their doctor or the Victorian Coronavirus Hotline on 1800 675 398

Menyimpan rekod

  • Ikuti syarat-syarat Kerajaan Victoria tentang menyimpan rekod orang yang datang ke tempat kerja.

Penjarakan fizikal

  • Memastikan pekerja mempunyai jarak sekurang-kurangnya 1.5 meter di antara diri mereka dan orang lain.
  • Ikuti peraturan kecerdasan ketumpatan Kerajaan Victoria.
  • Mengurangkan mesyuarat bersemuka.
  • Pertimbangkan membenarkan susunan kerja yang fleksibel, seperti pekerja bekerja dari rumah atau masa mula dan siap berperingkat.

Pengalihan Udara

Maksimumkan jumlah udara segar di ruang dalaman. Udara segar boleh masuk melalui:

  • Tingkap, pintu atau bolong udara terbuka
  • Sistem penyaman, pemanasan atau pengalihan udara yang dipasang untuk membawa udara masuk

Pembersih udara boleh diguna jika pengalihan udara tidak boleh ditambahbaik dengan meningkatkan jumlah udara segar ke dalam ruang dalaman.

Pembersihan

  • Meningkatkan amalan pembersihan dengan tetap.
  • Membersihkan dan membasmi kuman permukaan sentuhan tinggi dengan tetap, seperti telefon, papan kekunci, pemegang pintu, suis lampu dan permukaan bangku.
  • Ikuti nasihat Jabatan Kesihatan tentang pembersihan dan membasmi kuman.

Kebersihan diri

Menyediakan kemudahan atau produk yang mencukupi (seperti pensanitasi tangan dan sabun) untuk membolehkan pekerja mengamalkan amalan kebersihan diri yang baik.

Semua orang di tempat kerja harus mengamalkan kebersihan diri yang baik:

  • membersihkan tangan dengan kerap dengan air dan sabun (selama sekurang-kurangnya 20 saat) atau sapuan tangan yang berasaskan alkohol
  • jika tangan kelihatan kotor, bersihkannya dengan air dan sabun
  • cuci tangan dengan air dan sabun:
    • sebelum makan
    • selepas ke tandas
    • selepas menghadiri tempat awam
    • selepas batuk, bersin atau menghembuskan hidung
  • menutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin, dan membuang kertas tisu yang digunakan dengan serta merta.

Kelengkapan perlindungan diri (PPE)

  • Menyediakan PPE yang sesuai di mana dikehendaki.
  • Menyediakan maklumat dan latihan tentang sebab PPE diperlukan dan cara untuk menggunakannya dengan selamat.
  • Ketahui lebih lanjut tentang Menguruskan risiko COVID-19: Pelitup muka di tempat kerja

Maklumat dalam bahasa anda

Untuk maklumat tentang WorkSafe dalam bahasa anda sendiri, hubungi Perkhidmatan Penterjemahan dan Jurubahasa (TIS National) kami di talian 131 450.